Sultan Ibrahim berkenan pandu kereta sendiri tinjau Mersing

YANG  di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri sejauh lebih 45 kilometer menyusuri pelbagai kawasan penempatan bagi meninjau persekitaraan daerah Mersing.

Seri Paduka Baginda turut berkenaan meluangkan masa meninjau Jeti Tanjung Penyabong, Mersing hari ini .

Sultan Ibrahim, bertitah aspek kebersihan serta penyelenggaraan persekitaraan perlu sentiasa diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seri Paduka Baginda, bertitah Mersing merupakan antara destinasi pelancongan popular dan aspek kebersihan perlu dipelihara bagi memastikan persekitaraan indah dan selesa kepada penduduk serta pelancong.

Sultan Ibrahim, turut bertitah mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih dan terpelihara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img