5 cedera dalam kemalangan 4 kereta, 2 bas persiaran

LIMA dilapor cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan dua bas persiaran di Jalan Hang Tuah Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan pada pukul 10.49 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Che Mohd Solehuddin Che Jusoh, berkata jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan bantuan BBP Pudu digerakkan dengan kekuatan seramai 13 anggota lain-lain pangkat, serta jentera Fire Rescue Tender.

Beliau berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 10.57 malam, didapati kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan iaitu Toyota Vios, Nissan Almera, Hyundai Staria dan Honda City, serta dua bas persiaran.

“Kemalangan turut membabitkan lima mangsa, terdiri daripada dua lelaki, dua kanak-kanak dan seorang wanita.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img