Pelajar maut leher terkena sabit ketika berselisih motosikal

SEORANG pelajar kolej vokasional (KV) maut selepas lehernya terhiris sabit berhulu panjang ketika motosikal dinaikinya berselisih dengan motosikal membawa senjata itu di Batu 4, Kampung Selabak, di Teluk Intan hari ini.

Mangsa, Adham Faisal, 17, pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila sabit yang dibawa oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal lain terkena pada bahagian leher mangsa.

“Ketika kejadian motosikal dinaiki mangsa serta motosikal dinaiki lelaki membawa sabit berkenaan berselisih antara satu sama lain di atas jalan, menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan akibat terkena senjata itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bakri berkata, berikutan kejadian itu polis menahan dua lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan selain merampas beberapa barangan berkaitan kejadian itu termasuk sabit berhulu panjang serta motosikal.

Menurutnya lagi, ketika kejadian mangsa menaiki motosikal bersama rakannya namun rakan mangsa berusia 18 tahun itu hanya mengalami kecederaan pada tangan dan kini menerima rawatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, dengan kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk perintah reman.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img