JEMAAH Menteri menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk menentukan tindakan lanjut berhubung isu pegangan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
“Jemaah Menteri memutuskan bahawa tindakan selanjutnya akan diambil oleh Ketua Setiausaha Negara.
“Saya tidak akan menyatakan hasil daripada laporan itu memandangkan ada langkah seterusnya yang akan dilaksanakan oleh Tan Sri KSN. Untuk maklumat lanjut, kita tunggu kenyataan KSN,” katanya yang juga Menteri Komunikasi.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.


