Kereta Peugeot terbakar, pemandu wanita melecur 70 peratus

NAHAS membabitkan dua kenderaan di Jalan Tun Razak berhampiran Kelab The Avenue, Kuala Lumpur, awal pagi tadi mengakibatkan seorang wanita melecur kira-kira 70 peratus manakala dua lagi individu cedera ringan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 pagi.

“Nahas itu membabitkan sebuah kereta jenis Peugeot yang dipandu wanita berkenaan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki oleh seorang pemandu berserta penumpangnya,” menurut JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, kereta Peugeot berkenaan didapati terbakar 100 peratus manakala pemandunya yang berusia 20-an berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kebakaran kenderaan tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.32 pagi dan kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img