Lelaki hilang ketika menjala ditemui lemas

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar menjala ikan di Sungai Kanowit di Nanga Sebuloh, Julau, sejak Rabu lalu, ditemui lemas pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.50 tengah hari semalam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor digerakkan ke lokasi kejadian.

“Bomba yang menempuh perjalanan kira-kira 72 kilometer tiba di lokasi pada jam 3.07 petang dan segera menjalankan operasi pencarian bersama beberapa agensi lain,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditemui oleh penduduk rumah panjang pada kira-kira jam 7.30 pagi hari ini pada jarak sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai menjala ikan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke tebing sungai oleh pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi SAR yang membabitkan tiga anggota bomba, dua anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta sembilan penduduk rumah panjang ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.20 pagi,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img