Komplot jatuhkan kerajaan: PDRM rakam percakapan 14 saksi

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan 14 saksi selain giat mengesan saksi penting dipercayai sudah keluar dari Malaysia berhubung dakwaan kewujudan komplot menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurut beliau, ia sebagaimana kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bertarikh 27 Februari lalu.

“Setakat hari ini, seramai 14 saksi dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tata Cara Jenayah.

“Melalui semakan Jabatan Imigresen mengesahkan terdapat saksi penting membuat pergerakan keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di antara Januari hingga Februari 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM kini meneruskan usaha untuk mengesan saksi berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, pihaknya komited dalam menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img