PRN Melaka dalam tempoh enam bulan lagi, kata Ab Rauf

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diadakan dalam tempoh enam bulan memandangkan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 berakhir pada 30 Disember depan

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, PRN itu tetap perlu diadakan tahun ini kerana ia adalah proses demokrasi yang ditetapkan mengikut tempoh penggal pentadbiran semasa.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri ketika ini memberi tumpuan kepada pentadbiran serta pembangunan negeri sebelum memasuki tempoh pilihan raya penghujung tahun ini.

“Tarikh akhir kita (penggal ini) adalah pada 30 Disember dan sudah pasti ia (PRN) akan diadakan sebelum tarikh itu,” katanya lapor BuletinTV3.

PRN Melaka sebelum ini diadakan pada 20 November 2021 susulan pembubaran DUN selepas krisis politik yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika itu hilang sokongan majoriti.

Pada pilihan raya berkenaan, sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan membabitkan penyertaan parti utama termasuk Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan PRN itu menyaksikan BN memperoleh kemenangan besar apabila memenangi 21 kerusi DUN sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga diikuti PH (lima kerusi) manakala PN pula meraih dua kerusi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img