Lelaki luah kecewa isteri dicekup khalwat pada waktu siang bulan puasa

SEORANG lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki lain dalam serbuan di sebuah rumah di Krubong, Melaka semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu turut mencetuskan kekecohan apabila lelaki berkenaan yang dipercayai suami kepada wanita itu bertindak memberi amaran kepada isterinya sebaik sahaja ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Rakaman kejadian yang berdurasi kira-kira satu minit itu dikongsikan di TikTok pasukan penguat kuasa berkenaan dan memaparkan situasi tegang antara pasangan suami isteri terbabit.

Dalam video berkenaan, kedengaran lelaki itu meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap isterinya.

“Kau aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek,” katanya sebelum ditenangkan oleh pegawai penguat kuasa yang berada di lokasi.

Menerusi video yang dimuat naik, memaparkan tangkapan dilakukan oleh imam yang bertugas bersama pihak penguat kuasa JAIM selepas menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di rumah berkenaan.

“Tangkapan dilakukan oleh imam bersama penguat kuasa JAIM menahan isteri orang berkhalwat di siang Ramadan.

“Namun kekecohan berlaku antara si isteri (orang yang disyaki) dan si suami yang berada di tempat kejadian kerana kecewa dengan perbuatan isterinya yang memalukan itu.

“Video ini bukan untuk mengaibkan, tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen ‘amal makruf nahi munkar’,” menurut kenyataan itu.

Rakaman itu turut menunjukkan anggota penguat kuasa terpaksa meleraikan pertelingkahan antara pasangan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pegawai penguat kuasa kemudiannya menerangkan kesalahan yang dilakukan pasangan itu yang ditahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak.

Kedua-dua individu terbabit kemudian dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan sebelum dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img