Kulasegaran nafi hadir prosiding Arun, hanya bertemu di luar mahkamah

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran menafikan beliau berada dalam mahkamah ketika prosiding membabitkan aktivis, Arun Dorasamy berlangsung hari ini, sebaliknya hanya bertemu secara ringkas dengan individu itu di luar Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang.

Katanya, beliau singgah di mahkamah itu ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang untuk bertemu Arun dan memberi kata-kata semangat supaya beliau mempercayai proses perundangan yang bakal dihadapinya.

“Saya mengenali Arun sejak saya mewakili Indira Gandhi dalam cabaran undang-undang berkaitan anak-anaknya.

“Saya ingin menjelaskan hanya bertemu Arun secara ringkas di sekitar kawasan kompleks mahkamah sebelum beredar. Saya tidak berada dalam bilik mahkamah ketika pertuduhan dibacakan dan prosiding dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Biro Pemahaman dan Pemerkasaan Agama PKR menuntut penjelasan Kulasegaran berhubung kehadirannya bersama Arun di Mahkamah Majistret Jawi.

Pengerusinya, Amidi Abdul Manan dalam kenyataan berkata, kehadiran Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, walaupun atas kapasiti peribadi, boleh mengundang pelbagai tafsiran dan menjejaskan persepsi awam terhadap kerajaan memandangkan beliau timbalan menteri dalam kerajaan yang memerintah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img