SEORANG lelaki terkejut apabila menemukan isterinya meninggal dunia dengan kesan tikaman di dada di rumah mereka di Taman Desa Murni, Sungai Dua hari ini.
Wanita beruia 52 tahun itu yang bekerja sebagai operator kilang dijumpai terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah teres itu kira-kira jam 9.30 pagi.
Difahamkan, terdahulu suaminya merasakan ada yang tidak kena apabila isterinya tidak turun menyediakan sarapan seperti biasa.
Justeru, lelaki itu cuba memeriksa dengan membuka pintu bilik tidur yang dikatakan berkunci dari dalam, sebelum mendapati isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Susulan penemuan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, bersama pasukan forensik polis segera menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Pihak polis turut menemukan sebilah pisau di tempat kejadian.
Difahamkan, wanita itu merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih dalam rawatan.
Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang elemen jenayah dikesan di tempat kejadian setakat ini.
Kes ijni diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat yang dijadualkan di Hospital Seberang Jaya esok.


