Bintang realiti British ditemukan mati dalam longkang di Phuket

SEORANG bintang televisyen realiti British, Jordan Wright, ditemui maut di sebuah longkang berhampiran pantai di Phuket, menurut pengesahan pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan BBC, lelaki berusia 33 tahun itu ditemukan berhampiran kawasan Pantai Bang Tao hari ini selepas dilaporkan hilang awal minggu ini.

Media tempatan melaporkan mayat mangsa ditemui oleh seorang pekerja migran di kawasan berkenaan.

Pihak polis memaklumkan bahawa pemeriksaan ke atas bilik penginapannya tidak menemui sebarang tanda gangguan atau pencerobohan.

Rekod hotel menunjukkan beliau mendaftar masuk seorang diri dan sepatutnya mendaftar keluar pada Jumaat lalu, namun gagal berbuat demikian.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa berada dalam keadaan gelisah di luar hotel. Pergerakannya kemudian dikesan sehingga ke lokasi mayatnya ditemui. Pihak berkuasa kini menunggu keputusan bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Menurut pegawai, tiada kesan kecederaan fizikal yang jelas ditemui pada tubuh mangsa. Barangan peribadi termasuk kad kunci bilik dan telefon bimbit turut dijumpai berhampiran lokasi kejadian.

Mendiang sebelum ini pernah muncul dalam beberapa rancangan televisyen realiti British, termasuk The Only Way Is Essex dan Ex on the Beach.

Dalam beberapa minggu sebelum kematiannya, beliau aktif berkongsi aktiviti di media sosial seperti menyelam dan menunggang motosikal ketika berada di Phuket.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img