Rosmah gagal singkir hakim dengar perbicaraan kes solar

DATIN Seri Rosmah Mansor hari ini gagal dalam rayuannya agar Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada terus mendengar dan membuat keputusan dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak yang dihadapi beliau.

Keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas mendapati permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak mempunyai merit.

“Kes solar melibatkan perayu telah didengar oleh hakim bicara iaitu Datuk Mohamed Zaini Mazlan lebih dua tahun dan sepanjang tempoh tersebut, perayu tidak pernah membuat permohonan agar hakim itu menarik diri.

“Perayu sepanjang tempoh itu menerima bahawa hakim tersebut adalah adil dan saksama. Oleh itu, kami dapati permohonannya adalah tidak bermerit dan beliau gagal menunjukkan real danger of bias,” katanya.

Turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img