Menteri Luar Iran sifatkan Starmer pertaruh nyawa rakyat Britain

MENTERI Luar Negeri Iran, Abbas Araghchi, mengecam Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, kerana didakwa membenarkan pangkalan tentera Britain digunakan dalam serangan terhadap Iran, sekaligus mempertaruhkan nyawa rakyat Britain.

“Sebahagian besar rakyat Britain tidak mahu terlibat dalam perang pilihan Israel-Amerika Syarikat terhadap Iran. Dengan mengabaikan suara rakyatnya sendiri, Starmer membahayakan nyawa warganya. Iran akan menggunakan haknya untuk membela diri,” tulis Araghchi di platform X.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Kerajaan Britain pada Jumaat lalu meluluskan penggunaan pangkalan-pangkalan tentera Britain oleh Amerika Syarikat untuk menyerang lokasi-lokasi rudal Iran.

Ketegangan meningkat sejak 28 Februari, apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke beberapa sasaran di Iran, termasuk di Teheran, yang mengakibatkan kemusnahan, korban sipil, dan kematian Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan ke wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img