Iran sifatkan  AS longgarkan sekatan minyak mentah di laut ‘helah psikologi’

KEMENTERIAN Minyak Iran menafikan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Scott Bessent, yang mendakwa Washington melonggarkan sementara sekatan untuk membenarkan penjualan minyak mentah Iran yang didakwa disimpan di atas kapal di laut.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu dengan tegas menyifatkan dakwaan AS sebagai “helah psikologi” yang bertujuan menurunkan harga minyak global secara artifisial.

Kementerian  tersebut berkbahawa Iran tidak menyimpan minyak mentah di perairan antarabangsa dan tiada lebihan minyak yang sedia untuk dilepaskan ke pasaran global.

Jurucakap kementerian, Saman Ghodousi, berkata, “Iran kini tidak mempunyai minyak mentah di laut dan tiada lebihan untuk pasaran antarabangsa lain,” sambil menekankan bahawa kenyataan Setiausaha AS itu bertujuan mempengaruhi pembeli dan mengubah sentimen pasaran.

Sementara itu, pentadbiran Donald Trump mengumumkan pengecualian sementara selama 30 hari ke atas sekatan bagi pembelian minyak Iran di laut, kononnya untuk mengekang kenaikan harga yang didorong oleh serangan berterusan AS-Israel terhadap Iran.

Bessent mendakwa langkah itu akan menambah kira-kira 140 juta tong minyak ke pasaran global dan meredakan tekanan bekalan tenaga.

Keputusan ini menunjukkan kebimbangan Washington terhadap kenaikan harga minyak—naik kira-kira 50% melebihi $100 setong, paras tertinggi sejak 2022—yang menjejaskan perniagaan dan pengguna AS menjelang pilihan raya separuh penggal November, di mana Republikan berhasrat mengekalkan majoriti Kongres.

Ini menandakan pelonggaran sekatan sementara ketiga dalam tempoh dua minggu, selepas pelonggaran sebelum ini terhadap minyak Rusia dan pemberian lesen umum pada Jumaat untuk penjualan minyak mentah dan produk petroleum Iran yang dimuatkan di atas kapal sehingga 19 April, menurut laman web Perbendaharaan AS.

Sementara itu, infrastruktur tenaga penting di Iran dan negara jiran Teluk Parsi menghadapi serangan berulang akibat perang yang dikenakan AS, sementara Iran telah mengamankan Selat Hormuz, laluan kritikal bagi kira-kira 20% minyak dan gas asli cecair dunia, dalam mempertahankan kedaulatannya.

Penganalisis tenaga, termasuk Brent Erickson, menegaskan usaha AS untuk mengekang harga tidak berkesan sehingga laluan selat kembali bebas dilalui, yang berkait rapat dengan eskalasi serangan.

AS dan rejim Israel memulakan gelombang baru serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari, kira-kira lapan bulan selepas memulakan perang agresi pertama terhadap Republik Islam itu.

Iran bertindak balas secara tegas dan seimbang, melancarkan serangan misil dan dron terhadap wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan dan kepentingan AS di seluruh rantau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img