PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi Facebook beliau, Perdana Menteri juga menzahirkan doa dan harapan agar Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja terus berada dalam lindungan Allah.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Allah Peliharakan Sultan,” katanya.


