Bukan ditendang polis tetapi jatuh sendiri – polis

POLIS Johor menafikan dakwaan anggotanya menyepak seorang penunggang motosikal sehingga terjatuh, sebaliknya lelaki itu terlanggar batu di bahu jalan ketika cuba melarikan diri daripada ditahan.

Ketika menjelaskan perkara itu, Pemangku Ketua Polis Seri Alam, G Victor, berkata kejadian pada 1.30 pagi kelmarin berlaku di Jalan Pulasan, Taman Kota Masai, Pasir Gudang ketika Op Selamat 26 dijalankan dan pihaknya menerima aduan awam berhubung aktiviti lumba haram di lokasi terbabit.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati sekumpulan penunggang motosikal sedang berkumpul dan membuat bising. Apabila menyedari kehadiran polis, semua penunggang motosikal bertindak melarikan diri ke pelbagai arah.

“Salah sebuah motosikal ditunggang secara melulu ke arah seorang anggota polis dalam cubaan melarikan diri,” katanya lapor Harian Metro.

Sebelum itu, tular video di media sosial mendakwa seorang anggota polis menyepak seorang penunggang motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Victor berkata, penunggang motosikal itu diarah berhenti untuk pemeriksaan, tetapi terjatuh ketika cuba mengelak ditahan dan terbabas selepas melanggar batu di bahu jalan kiri.

Beliau menegaskan, kejadian itu berpunca daripada tindakan penunggang motosikal itu sendiri dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Katanya, penunggang itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img