‘’Tiada sebarang rundingan dengan AS’’ – Iran nafi dakwaan Trump

‘’Tiada sebarang rundingan dengan AS’’’, kata sumber keselamatan Iran

SUMBER keselamatan Iran menegaskan negara republik itu menolak sebarang dakwaan berkaitan berlakunya rundingan antara Tehran dan Washington di tengah perang pencerobohan Amerika Syarikat–Israel.

Sebaliknya sumber itu yang merupakan pegawai kanan keselamatan menegaskan Presiden AS, Donald Trump, telah berundur daripada ancamannya untuk menyasarkan infrastruktur penting Iran selepas tindak balas tegas Iran.

Bercakap kepada Tasnim News Agency , seorang pegawai kanan keselamatan berkata Trump telah berundur selepas berdepan ancaman ketenteraan yang boleh dipercayai dari Iran berkaitan serangan ke atas infrastruktur kritikal.

Menurut sumber itu, tekanan daripada pasaran kewangan serta risiko terhadap bon di Amerika Syarikat dan negara Barat turut meningkat, yang disifatkan sebagai faktor penting lain dalam keputusan Trump untuk berundur.

Sejak bermulanya perang hingga kini, beberapa mesej telah dihantar oleh pihak perantara kepada Tehran, dengan jawapan jelas bahawa Iran akan terus mempertahankan diri sehingga mencapai tahap pencegahan yang diperlukan, kata pegawai berkenaan.

“Tiada rundingan sedang berlangsung atau pernah berlaku,” tegas sumber itu, sambil menambah bahawa dalam keadaan perang psikologi semasa, Selat Hormuz tidak akan kembali kepada keadaan sebelum perang, dan kestabilan pasaran tenaga juga tidak akan tercapai.

Ultimatum lima hari yang dikeluarkan oleh Trump bermakna kesinambungan program jenayah rejim Amerika terhadap rakyat Iran, katanya lagi, sambil menegaskan bahawa Iran akan terus bertindak balas dan mempertahankan negara secara menyeluruh.

Beberapa jam sebelum itu, Trump mendakwa dalam satu hantaran di platform Truth Social hari ini bahawa Amerika Syarikat dan Iran telah mengadakan “perbincangan yang sangat baik dan produktif” dalam tempoh dua hari lalu bagi mencapai penyelesaian menyeluruh terhadap permusuhan di Asia Barat.

“Berdasarkan nada dan suasana perbincangan yang mendalam, terperinci dan konstruktif ini, yang akan diteruskan sepanjang minggu, saya telah mengarahkan Jabatan Perang untuk menangguhkan sebarang serangan ketenteraan terhadap loji kuasa dan infrastruktur tenaga Iran selama lima hari,” kata Trump.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img