Ibu bersama dua anak maut SUV terbabas di Dungun

SEORANG wanita dan dua anak maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dinaiki mereka terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau dekat Dungun, hari ini.

Menurut Bernama, kejadian difahamkan berlaku kira-kira 6.10 petang dan dua daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Klinik Kesihatan Jerangau, namun setakat ini identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kemalangan juga melibatkan dua lagi anak mangsa dan mereka dikejarkan ke Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian dan berkata maklumat lanjut akan menyusul.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah Mohd Izzuddin Mahmood berkata setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kenderaan itu melanggar tiang elektrik di bahu jalan.

“Kemalangan melibatkan lima mangsa dengan tiga daripadanya dikeluarkan bomba yang menggunakan peralatan khas manakala dua lagi oleh orang awam,” katanya

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img