66 anggota tentera Colombia terbunuh, pesawat Hercules C-130 terhempas

SERAMAI 66 anggota tentera Colombia terbunuh apabila pesawat Hercules C-130 milik tentera udara negara itu yang membawa 125 orang terhempas hanya beberapa minit selepas berlepas dari Puerto Leguízamo, semalam.

Menurut portal berita colombiaone.com, jumlah mangsa meningkat sepanjang hari seiring operasi menyelamat yang dijalankan memandangkan berpuluh-puluh lagi anggota pasukan itucedera, dengan sebahagian dalam keadaan kritikal.

Pesawat Lockheed C-130H itu terhempas di kawasan hutan hanya beberapa kilometer dari lapangan terbang, dan musnah akibat impak dan kebakaran.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa dan memindahkan yang cedera ke pusat perubatan, termasuk beberapa bandar lain kerana kapasiti hospital tempatan terhad. Operasi kecemasan turut melibatkan unit tentera, pesawat pemindahan, dan agensi bantuan.

Kemalangan berlaku semasa pesawat dalam fasa pendakian awal, dengan laporan awal menyatakan ia kehilangan altitud sebelum terhempas, menyebabkan letupan dan kebakaran besar.

Pihak berkuasa setakat ini menolak kemungkinan serangan luaran, dan siasatan awal menumpukan kepada kemungkinan kegagalan teknikal atau mekanikal.

Pesawat yang terhempas adalah sebahagian daripada flotila pengangkutan tentera yang digunakan untuk menggerakkan anggota tentera ke kawasan terpencil seperti Amazon Colombia, memainkan peranan penting dalam operasi logistik di kawasan sukar diakses.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img