Pengawal keselamatan, penggangur dipenjara 12 bulan lakukan aksi tak senonoh di tanah perkuburan Cina

SEORANG pengawal keselamatan dan penganggur dikenakan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan aksi tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Georgetown minggu lalu.

Halila Abu Bakar, 37, dan M Jegathesan, 58, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret 3 pada Khamis.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama telah melakukan perbuatan kelucahan melampau di kawasan tanah perkuburan Cina yang merupakan satu tempat awam.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kawasan Tanah Perkuburan Cina, Batu Gantung, Ayer Itam pada jam 8.30 pagi, 22 Mac lalu, lapor Sinar Harian.

Oleh demikian, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin sementara pasangan tersebut diwakili peguam, R Purantharan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img