Pemuda  Pas Selangor desak kerajaan semak semula bantuan BUDI diesel individu

 DEWAN Pemuda Pas Selangor  menggesa kerajaan untuk segera menyemak semula keberkesanan bantuan tunai BUDI individu susulan lonjakan harga diesel di Semenanjung Malaysia yang kini mencecah RM5.52 seliter.

Naib Ketuanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, data semasa menunjukkan berlaku ketidakadilan subsidi yang sangat ketara antara pengguna petrol RON95 dan pengguna diesel persendirian.

Muhammad Faizzuddin Mohd Zai

‘’Bagi penggunaan purata 200 liter sebulan, pengguna RON95 hanya membelanjakan RM398 (pada harga subsidi RM1.99). Manakala pengguna diesel, walaupun selepas menerima bantuan RM300, terpaksa menanggung kos bersih sebanyak RM804,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu bermakna pengguna diesel terpaksa berbelanja lebih hampir dua kali ganda berbanding pengguna petrol bagi jarak perjalanan yang sama.

‘’Kadar bantuan RM300 yang diumumkan baru-baru ini hanya mampu menampung kos 54 liter diesel sahaja.

‘’Bagi pemilik pikap atau van yang digunakan untuk perniagaan mikro dan sara diri, jumlah ini habis dalam masa kurang seminggu, sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko inflasi yang mendadak,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, Pemuda Pas Selangor mencadangkan agar bantuan tunai dinaikkan kepada RM700 sebulan. 

‘’Angka ini adalah nilai “Titik Kesetaraan” yang membolehkan kos bersih pengguna diesel (RM1,104 – RM700 = RM404) hampir sama dengan kos pengguna RON95 (RM398).

‘’Tambahan pula, berdasarkan kenyataan media terbaru daripada Kementerian Kewangan pengguna yang layak menerima subsidi hanyalah berjumlah 320,000 dan mereka ini perlu dibantu oleh pihak kerajaan,’’ katanya.

Beliau berkata, hakikatnya ramai rakyat Malaysia sebelum ini memilih kenderaan diesel adalah bagi tujuan menjimatkan kos minyak mereka namun kini mereka hidup sengsara.

‘’Jika matlamat subsidi bersasar adalah untuk “membantu mereka yang layak”, mengapa pemilik kenderaan diesel dihukum dengan kos operasi yang jauh lebih tinggi berbanding pemilik kenderaan petrol? Perbezaan jenis enjin tidak sepatutnya menjadi punca diskriminasi ekonomi,’’ katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img