Polis sukar kenal pasti dua individu serang anak Rafizi – Ketua Polis Negara

POLIS  berdepan kesukaran mengenal pasti dua individu disyaki terbabit dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kesukaran itu berpunca daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang kurang jelas, walaupun siasatan awal mengesan beberapa pergerakan mencurigakan.

“Kita mengesan pergerakan itu. Kita pun sedia maklum bahawa ada beberapa individu yang kita kenal pasti melalui rakaman, tetapi rakaman CCTV itu nampaknya tidak begitu jelas dan tidak dapat mengenal pasti individu berkenaan,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.a

Mengulas mengenai bahan cecair yang disuntik ke tubuh mangsa berusia 12 tahun itu, Mohd Khalid berkata analisis masih dijalankan pihak hospital.

“Cecair bahan kimia yang disuntik itu sedang dianalisis oleh pihak hospital,” katanya.

Pada 25 Ogos lepas, media melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, meminta semua pihak bersabar menunggu keputusan laporan perubatan kes berkenaan kerana ia masih dalam peringkat siasatan dan rawatan, selain memerlukan masa untuk diselesaikan.

Terdahulu, pada 22 Ogos, Mohd Khalid memaklumkan polis sudah merakam keterangan 19 individu termasuk ahli keluarga Rafizi bagi membantu siasatan berhubung kejadian menimpa kanak-kanak itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img