Persekutuan Majikan minta swasta benarkan aturan bekerja dari rumah

PERSEKUTUAN Majikan-majikan Malaysia (MEF) meminta syarikat-syarikat membenarkan aturan bekerja dari rumah bagi peranan bukan kritikal sebagai sebahagian usaha mengurangkan penggunaan bahan api, di tengah-tengah langkah penyelarasan subsidi bahan api.

Presiden MEF Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman, berkata perniagaan perlu mengambil langkah praktikal yang tidak menjejaskan produktiviti atau kesinambungan operasi.

“Bagi sektor swasta, ini termasuk melaksanakan aturan bekerja dari rumah untuk peranan bukan kritikal jika boleh dilaksanakan, menggalakkan inisiatif berkongsi kereta, dan promosi meluas penggunaan pengangkutan awam,” katanya lapor FMT.

Syed Hussain turut menggesa majikan menilai semula amalan operasi, terutamanya berkait logistik dan perjalanan perniagaan, selain meminimumkan perjalanan tidak perlu.

“Pada masa sama, penggunaan platform mesyuarat dalam talian perlu dipergiat bagi mengurangkan keperluan perjalanan fizikal,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggalakkan sektor swasta melaksanakan aturan bekerja dari rumah buat sementara mengambil kira kesan susulan konflik Asia Barat.

Syed Hussain berkata, MEF menyokong penuh langkah penyelarasan bahan api kerajaan sebagai tindak balas terhadap turun naik pasaran tenaga global.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kembali bahawa pelaksanaannya mestilah pragmatik, dilakukan berfasa, dan peka terhadap realiti sektor tertentu.

“Pendekatan ‘satu saiz untuk semua’ tidak praktikal. Industri yang berbeza menghadapi kekangan operasi pelbagai, dan perniagaan mesti diberi keanjalan melaksanakan langkah-langkah paling sesuai dengan keperluan masing-masing,’’ katanya.

Beliau juga mencadangkan Putrajaya untuk mengumumkan sokongan bersasar bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), termasuk insentif cukai dan geran bagi pelaburan cekap tenaga.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img