Pembantu juruteknik meninggal dunia selepas rebah di restoran

SEORANG pembantu juruteknik meninggal dunia selepas rebah ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran 24 jam di Bukit Katil, Melaka semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa, Muhammad Arif Mohamed Rabei, 38, dilaporkan tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.35 petang daripada Pusat Kawalan Daerah Melaka Tengah.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sedang makan di restoran berkenaan kemudian bangun dari tempat duduk sebelum rebah.

“Orang awam yang berada di lokasi segera menghubungi ambulans. Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Melaka yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Adik mangsa memaklumkan bahawa mangsa sebelum ini ada mengadu sakit perut pada Rabu lalu dan telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Mangsa juga tidak bekerja pada hari kejadian dan sebelum ini tidak mempunyai sejarah penyakit serius,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu tular beberapa keping gambar memaparkan keadaan mangsa yang terbaring pada lantai restoran berkenaan disusuli jasadnya telah ditutupi kain putih.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img