206 buah sekolah di Kota Setar, Pendang akan laksana PdPR

KESEMUA  206 buah sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dan PPD Pendang  akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula esok hingga 31 Mac 2026.

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam satu kenyataan berkata, keputusan ini dibuat berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menunjukkan tahap suhu harian Tahap 2 telah direkodkan tiga hari berturut-turut bermula 26  Mac hingga hari ini di kedua-dua daerah tersebut.

‘’Sehubungan itu, selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan pengoperasian institusi pendidikan semasa cuaca panas, pelaksanaan PdPR akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta warga sekolah sentiasa terpelihara,’’ kata JPN Kedah.

Jabatan itu berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR tersebut, sekiranya keadaan cuaca menunjukkan perubahan kepada tahap normal, maka pengoperasian sekolah secara bersemuka akan diteruskan semula pada hari berikutnya berdasarkan penilaian semasa.

‘’JPN Kedah akan terus memantau perkembangan cuaca semasa dan akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut pengoperasian sekolah dari semasa ke semasa.

‘’Semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga dimohon untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan PdPR demi kesejahteraan murid,’’ kara

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img