Mesir beri jaminan permudah bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza

DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan Mesir memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk mempermudah penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula pada April ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dicapai hasil perbincangan beliau bersama-sama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi baru-baru ini bagi memohon kerjasama negara itu dalam melancarkan urusan logistik penghantaran barangan bantuan berkenaan.

“Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar dalam pada itu menegaskan bahawa Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan berkenaan.

“Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, insya-Allah,” kata beliau.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img