‘’Setelah menang barulah pilihan Perdana Menteri dibuat’’ – Itulah pesanan Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika isu berkaitan calon bagi jawatan itu mencetuskan hubungan dingin antara Bersatu dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN)
Dr.Mahathir yang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali dengan dua gabungan parti berbeza iai berkata, beliau kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan calon Perdana Menteri.
‘’Calon tidak akan jadi Perdana Menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi. Untuk menang 112 kerusi partinya perlu letak lebih dari 112. Parti lain pun akan letak calon melawan partinya. Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi. Tidak mungkin calon Perdana Menteri jadi Perdana Menteri,’’ katanya melalui hantara dalam Facebook beliau.
Justeru beliau menasihatkan, parti politik terlibat tidak usah berebut-rebut nak jadi calon Perdana Menteri.
‘’Sebaliknya berusahalah untuk Melayu bersatu. Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai. Setelah menang barulah pilihan Perdana Menteri dibuat. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi Perdana Menteri.
Isu calon Perdana Menteri timbul apabila Bersatu pada Perhimpunan Agung parti pada 7 September lalu menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bagi jawatan berkenaan. Tindakan itu dikatakan menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Pas yang mahu tumpuan diberikan kepada usaha memenangi pilihan raya terlebih dahulu.


