RON95: Kad asing hanya boleh guna di kaunter mulai Rabu

PENGGUNAAN kad kredit dan kad debit asing tidak boleh lagi dilakukan di terminal layan diri pam minyak untuk pembelian petrol RON95, berkuat kuasa Rabu ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, langkah itu mewajibkan pengguna kad berkenaan membuat bayaran di kaunter bagi memudahkan pemantauan dan memastikan pematuhan peraturan.

KETUA Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam

“Sebelum ini ada banyak kes kenderaan dengan nombor pendaftaran asing yang isi minyak menggunakan kad debit atau kad kredit asing di terminal layan diri pam minyak. Oleh itu, sukar untuk pihak stesen minyak dan pihak berkuasa untuk kesan jika mereka buat pembelian petrol RON95,” katanya, lapor BH.

Azman berkata, beberapa syarikat minyak sudah bersedia untuk melaksanakan peralihan ini, dan beberapa lagi akan memulakannya secara berperingkat.

“Bagi stesen minyak yang misalnya ada lebih daripada 15 pam, sukar untuk mereka kesan jika berlaku ketirisan. Dengan cara ini, bila pengguna mesti buat bayaran di kaunter, kita dapat pastikan mereka yang tak layak tidak dapat isi RON95,” katanya.

Dalam pada itu, penguatkuasaan penuh larangan penjualan RON95 kepada kenderaan berdaftar asing bermula tarikh sama.

Pada masa sama, pelesen stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Labuan diarah mengawal penjualan diesel kepada kenderaan pengangkutan darat dengan had antara 50 liter hingga 150 liter bagi setiap transaksi.

“Seramai 2,400 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara bersiap siaga melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img