Treler hilang kawalan rempuh pos polis bantuan, dua cedera

SEBUAH treler merempuh Pos Kawalan Polis Bantuan Felda Kechau 8 di Kuala Lipis, hari ini menyebabkan pemandu dan seorang anggota polis bantuan cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata kejadian kira-kira 9.50 pagi itu berlaku apabila treler tanpa muatan dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Sungai Temau menuju Kuantan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pos kawalan berkenaan dan sebuah kereta.

“Rempuhan itu menyebabkan atap dan dinding pos kawalan menghempap sebuah motosikal yang berada di kawasan tersebut,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata akibat insiden itu pemandu lori bersama anggota polis bantuan berusia 23 tahun yang ketika itu berada dalam pos kawalan mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lipis.

Ismail berkata seorang lagi anggota polis bantuan berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img