Kenaikan kos bahan api : Pengguna perlu sedia hadapi bil tinggi

MALAYSIA tidak merancang untuk menyemak tarif elektrik dalam masa terdekat, tetapi pengguna perlu bersedia menghadapi bil yang lebih tinggi akibat kenaikan kos bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Siti Safinah Salleh.

Katanya, walaupun bekalan tenaga domestik negara agak stabil, Malaysia masih terdedah sebahagiannya kepada turun naik harga tenaga di pasaran antarabangsa.

“Walaupun negara kita berada dalam kedudukan yang stabil dari segi bekalan tenaga, terutamanya bekalan elektrik dan gas berpaip, kita tidak sepenuhnya terlepas daripada kesan krisis semasa,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Siti Safinah berkatan, Malaysia masih mengimport sebahagian gas asli dan bergantung sepenuhnya kepada arang batu import untuk penjanaan elektrik.

‘’Kos yang meningkat bukan sahaja disebabkan harga bahan api, tetapi juga disebabkan kos logistik dan insurans yang berkait dengan gangguan bekalan global.

“Oleh itu, orang ramai perlu bersedia menghadapi kenaikan kos. Walaupun peningkatan mungkin tidak terlalu tinggi atau seteruk di sesetengah negara lain, ia tetap akan berlaku,” katanya.

Siti Safinah berkata sebarang kenaikan kos bahan api akhirnya akan tercermin melalui mekanisme pelarasan automatik bahan api (AFA) setelah kos tersebut tersebar dalam sistem.

“Masih ada kesan kelewatan berdasarkan bagaimana rantaian bekalan berfungsi, tetapi kami menjangkakan pelarasan itu akan mula nampak dalam masa terdekat,” tambahnya.

Beliau  berkata cuaca panas yang dijangka dalam beberapa bulan akan datang berpotensi meningkatkan permintaan elektrik, terutamanya daripada rumah yang menggunakan penghawa dingin, sekali gus memberi tekanan tambahan kepada bil.

Mengenai perbandingan dengan Singapura, yang mengumumkan kenaikan tarif semalam, beliau berkata pendedahan Malaysia berbeza kerana campuran tenaga yang lebih pelbagai.

“Campuran bekalan kami berbeza daripada Singapura. Mereka bergantung kepada gas asli import, jadi kesannya akan dirasai lebih cepat. Kami tidak sepenuhnya terjejas, tetapi pendedahan kami berbeza,” katanya.

Beliau memberitahu Malaysia pada masa ini mempunyai kapasiti bekalan tenaga yang mencukupi, dengan kapasiti tambahan dijangka meningkat kurang daripada 100MW tahun ini sementara permintaan berkembang secara beransur-ansur.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img