Asrama maahad tahfiz terbakar di JB, 18 pelajar dan warden terselamat

SERAMAI 15 pelajar dan tiga warden terselamat dalam kebakaran penginapan Maahad Tahfiz Sains Al In Syirah di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 4.35 petang, sebelum 20 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan berkeluasan 30×30 kaki persegi (83.61 meter persegi) dengan kemusnahan kira-kira 50 peratus.

“Berdasarkan maklumat seorang warden, ketika kejadian kesemua pelajar dan guru berada di dalam kelas di tingkat satu bangunan.

“Ketika kejadian, mereka terdengar bunyi seperti benda jatuh di tingkat atas dan seorang kakitangan naik untuk memeriksa sebelum melihat kepulan asap,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Mohd Suhaimi berkata, susulan itu kesemua penghuni pusat tahfiz diarahkan untuk keluar daripada bangunan dalam keadaan selamat, sementara menunggu pasukan bomba tiba.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi, operasi pemadaman segera dilakukan dengan dibantu anggota BBP Kempas dan api berjaya dikawal tidak lama kemudian.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.09 petang dan ketika ini punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img