Mesyuarat khas PM bersama MB, KM bincang tangani krisis tenaga global

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi wadah penting untuk meneliti secara menyeluruh perkembangan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata, pendekatan yang diambil dalam mesyuarat khas ini berteraskan data serta realiti semasa, agar setiap pimpinan negeri dapat bertindak secara selari, bersepadu dan berpaksikan fakta bersama Kerajaan Persekutuan.

DATUK Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi membincangkan langkah menangani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, di Putrajaya hari ini. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Dalam kerangka ini, kata beliau, kerajaan menggerakkan perancangan senario yang teliti dan menyeluruh bagi mendepani pelbagai kemungkinan, termasuk memastikan kesinambungan bekalan tenaga negara sentiasa terjamin dalam apa jua keadaan.

“Fokus Kerajaan MADANI kekal tegas dan tidak berganjak, memastikan kestabilan bekalan, membendung tekanan kenaikan harga serta melindungi rakyat daripada kesan langsung krisis ini.

“Setiap langkah dilaksana dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan, dengan keutamaan jelas untuk menjaga kebajikan rakyat melalui inisiatif sokongan yang bersasar dan berkesan,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam masa sama, Anwar berkata, libat urus strategik bersama semua pemegang taruh termasuk pihak industri dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus diperkukuh agar setiap pendekatan bersifat menyeluruh, seimbang dan berimpak tinggi.

Katanya, semangat kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri kekal menjadi teras utama, dan saya yakin Malaysia akan terus teguh, berdaya tahan serta mampu melindungi rakyat dalam apa jua keadaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img