Lelaki ditahan guna 4 MyKad beli lebih 100 liter petrol

POLIS menahan seorang lelaki yang menggunakan kad pengenalan milik empat individu untuk membeli lebih 100 liter petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Tumpat, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek ditahan ketika mengisi petrol di stesen minyak itu dan polis turut menemukan empat MyKad milik individu berasingan bersamanya.

DATUK Mohd Yusoff Mamat

“Kad pengenalan itu digunakan untuk membeli lebih 100 liter petrol,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Yusoff berkata, kes ini kemudian dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan suspek turut disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959.

Menurutnya, polis akan meneliti peruntukan undang-undang lain yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suspek.

Ditanya sama ada terdapat kes rakyat Malaysia membeli diesel di negara jiran dan masuk ke Kelantan melalui laluan tidak sah, Mohd Yusoff berkata, setakat ini tiada kes sedemikian dikesan.

“Belum ada rakyat Malaysia ditahan ketika cuba membawa masuk diesel dari negara jiran,” katanya.

Harga diesel di negara jiran kini sekitar 38 baht (RM4.82) seliter, lebih murah berbanding di Malaysia.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img