Pemandu treler rempuh van ragut 3 sekeluarga positif dadah

POLIS mengesahkan pemandu treler yang merempuh belakang van dinaiki lima sekeluarga hingga mengorbankan tiga nyawa termasuk suami isteri didapati positif dadah.

Pengesahan itu susulan ujian saringan air kencing dijalankan terhadap pemandu itu selepas kemalangan tersebut yang berlaku di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban dekat simpang Taman Golden Hill, Gemas Baharu, Segamat petang semalam.

Difahamkan, pemandu lelaki berusia lingkungan 20-an itu positif mengambil dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, berikutan itu, siasatan kes yang sebelum ini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ditukar kepada Seksyen 44 (1) (a) akta sama.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Segamat pagi ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam nahas kira-kira 3.35 petang semalam yang membabitkan tiga kenderaan, suami isteri serta seorang ahli keluarga mereka maut selepas van dinaiki dirempuh dua lori.

Dua mangsa maut di lokasi adalah pemandu van berusia 70-an serta dua penumpang berusia lingkungan 20-an hingga 60-an, manakala dua lagi penumpang van yang cedera parah dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img