Lelaki maut tercampak keluar, lori dipandu terbabas, terbakar

SEORANG lelaki maut selepas lori membawa muatan batu yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dan terbakar di Jalan Ulu Kukut, Kota Belud hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi selepas  dipercayai tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 pagi sebelum lapan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.10 tengah hari dan menjalankan operasi memadam kebakaran lori berkenaan,” katanya lapor Buletin TV3.

Katanya, mayat pemandu lori itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img