Polis kesan pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang tular di media sosial kerana memandu secara melawan arus di sekitar Jalan Klang Lama, Klang hari ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memakumkan jabatan itu  mengesan video tular itu pada 11.38 pagi dan menjalankan siasatan segera.

Menurut kenyataan tersebut, hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada jam 9.44 pagi tadi bermula dari persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Sepadu sehingga persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Kuchai Lama.

“Kenderaan terbabit dikesan memandu melawan arus dengan anggaran jarak kira-kira 500m.

“Setakat ini, semakan melalui sistem aduan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan,” katanya .

JSPT KL memaklumkan arahan telah dikeluarkan untuk mengesan pemandu serta kenderaan terlibat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img