MFL gantung Kedah dan Perak dua musim Liga M

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan penggantungan dua musim terhadap Perak FC dan Kedah Darul Aman FC kerana gagal beroleh Lesen Kebangsaan musim 2025-2026 manakala semusim buat Sri Pahang FC kerana menarik diri daripada semua pertandingan anjuran badan pengurus Liga Malaysia itu.

Hukuman itu diputuskan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL Ke-15 baru-baru ini yang berdasarkan Perlembagaan MFL, menurut satu siaran media hari ini.

“Mana-mana kelab yang menarik diri daripada Liga Malaysia tidak akan menerima sebarang manfaat daripada MFL serta larangan daripada aktiviti bola sepak sebagai sekatan terhadap Rakan Kongsi apabila memutuskan status penyingkiran Kelab Rakan Kongsi dan pengurusan Kelab Rakan Kongsi tersebut.

“Lembaga Pengarah MFL memutuskan menggantung Sri Pahang FC kerana menarik diri daripada semua pertandingan anjuran MFL selama semusim mulai 2025-2026.

“Kedah Darul Aman FC dan Perak FC yang gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan musim 2025-2026 pula digantung daripada semua pertandingan anjuran MFL selama dua musim berkuat kuasa 2025-2026 sehingga 2026-2027.

“Atas kesalahan itu juga, ketiga-tiga kelab berkenaan didenda hilang hak wang agihan secara merit setelah berakhirnya Liga Malaysia 2024-2025,” tambah siaran itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img