Negara perlu beralih segera kepada tenaga lebih mampan – PM

MALAYSIA perlu beralih segera kepada strategi tenaga lebih mampan, pelbagai dan kos efektif bagi melindungi keselamatan tenaga jangka panjang, susulan gangguan bekalan global yang semakin meningkatkan risiko kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peralihan itu bukan sekadar pertimbangan alam sekitar, tetapi langkah strategik kritikal bagi memastikan daya tahan negara dalam jangka panjang.

“Sudah terlalu lama kita menganggap asas ekonomi global itu kukuh secara semula jadi. Andaian itu kini dicabar secara tegas.

“Apabila ketegangan meningkat di rantau yang begitu strategik seperti Teluk, kesannya dirasai jauh melangkaui kawasan konflik berkenaan.

“Dalam masa terdekat, kerajaan mengambil langkah untuk mengurus pendedahan kepada ketidaktentuan, dengan mengimbangi keperluan memastikan bekalan mencukupi dan mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dan Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA) di ibu negara hari ini.

Menurut Anwar, dalam situasi ketegangan geopolitik yang berterusan dan menjejaskan pasaran dunia, Malaysia tidak terkecuali daripada berdepan gangguan bekalan tenaga global.

“Bagi Malaysia, ini bermakna kita perlu mengakui kita tidak kebal daripada gangguan bekalan tenaga global.

“Bagaimanapun, kita tetap komited memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, gangguan tenaga global akan menyebabkan kenaikan harga, dengan kesannya dirasai dalam sistem pengeluaran, rantaian bekalan dan kos sara hidup di negara maju serta membangun.

“Kita sudah menyaksikan gangguan terhadap tenaga dan infrastruktur memberi kesan kemanusiaan serta-merta, dengan implikasi sosioekonomi lebih luas, yang boleh terus menggugat persekitaran yang sedia rapuh.

“Secara keseluruhannya, ini bukan risiko terasing. Ini menunjukkan satu kejutan sistemik yang lebih besar, yang boleh menggoncang pasaran, mengganggu rantaian bekalan dan memberi tekanan kepada kestabilan ekonomi merentasi benua,” katanya.

dalam situasi ketegangan geopolitik yang berterusan dan menjejaskan pasaran dunia, Malaysia tidak terkecuali daripada berdepan gangguan bekalan tenaga global

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img