SPRM minta kerjasama pihak berkuasa UK kesan dua anak Tun Daim

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa di United Kingdom (UK) untuk mengesan keberadaan anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan Josephine Premla Sivaretnam.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata, usaha itu melibatkan perkongsian maklumat risikan serta koordinasi tindakan penguatkuasaan rentas sempadan, bagi memastikan individu terlibat dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan, tertakluk kepada proses perundangan yang berkuat kuasa.

“Selain itu, SPRM juga sedang mengambil tindakan untuk mendapatkan Notis Merah (Red Notice) melalui INTERPOL, selaras dengan prosedur dan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

“Mahkamah pada hari ini juga, membenarkan permohonan pengeluaran waran tangkap terhadap tiga individu terbabit iaitu Muhammed Amin Zainuddin Daim; Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Josephine Premla Sivaretnam.

“SPRM menegaskan setiap tindakan yang diambil adalah berlandaskan undang-undang serta menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan,” kata kenyataan itu.

Permohonan itu dibuat susulan kegagalan penama-penama berkenaan untuk hadir serta tidak dapat dikesan bagi tujuan pertuduhan.

“Mahkamah sudah membenarkan suatu perintah penangguhan sementara (interim stay) ke atas pelaksanaan waran tangkap berkenaan, bagi memberi ruang kepada pihak peguam memfailkan permohonan lanjut di Mahkamah Tinggi.

“SPRM menghormati dan mematuhi sepenuhnya perintah mahkamah dan segala tindakan penguatkuasaan dilaksanakan selaras dengan proses perundangan yang sedang berjalan,” kata kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img