Kad Nusuk dokumen rasmi jamin status sah jemaah haji – Kementerian Haji Arab Saudi

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan bahawa kad Nusuk merupakan tonggak organisasi utama musim haji.

 Menurut kementerian itu, kad Nusuk ialah dokumen rasmi yang menjamin status sah jemaah haji serta membolehkan mereka melaksanakan ibadah dengan lancar.

‘’Ia adalah sistem bersepadu yang bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mencapai tahap tertinggi dari segi pengurusan serta keselamatan di kawasan suci,” kata kementerian itu lapor Saudi Gazette.

Kementerian menjelaskan bahawa kad Nusuk adalah alat penting untuk mengawal kemasukan jemaah ke Makkah dan Masjidil Haram, selain memudahkan pergerakan mereka antara lokasi suci.

‘’Ini sekali gus meningkatkan kelancaran pergerakan dan mengurangkan kesesakan, selaras dengan pelan operasi pengurusan jemaah yang teliti, kata kementerian tersebut.

Sebagai sebahagian daripada transformasi digital, kementerian itu turut menyediakan versi digital kad Nusuk melalui aplikasi Nusuk dan Tawakkalna.

‘’Ini membolehkan jemaah mengakses data mereka dengan serta-merta dan memudahkan proses pengesahan dan akses kepada perkhidmatan berkaitan haji pada bila-bila masa,’’ kata kementerian itu.

Kementerian turut menjelaskan menerusi akaun rasminya di platform X bahawa kad tersebut diserahkan melalui penyedia perkhidmatan yang diluluskan bagi setiap jemaah.

Kementerian menegaskan komitmennya dalam menyediakan pengalaman menyeluruh kepada jemaah dengan menyediakan pusat hubungan bersepadu untuk menerima pertanyaan dan maklum balas, selain saluran digital rasmi.

Ia turut menekankan kepentingan membawa kad Nusuk pada setiap masa sepanjang tempoh haji, kerana ia merupakan akses utama kepada perkhidmatan serta pergerakan di kawasan suci.

 Kementerian menegaskan bahawa pematuhan terhadap keperluan ini akan membantu meningkatkan kualiti pengurusan serta memastikan pengalaman haji yang selamat dan selesa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img