Operasi Pembenihan Awan dilaksanakan dalam dua fasa tahun ini – NRES

OPERASI Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan dalam dua fasa pada tahun ini melibatkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dengan kerjasama strategik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanaan fasa utama atau Siri 1 OPA adalah pada 11 hingga 15 Februari lalu manakala Siri 2 kini dilaksanakan sejak 6 April sehingga esok.

Beliau berkata, pelaksanaan OPA Siri 1 melibatkan tiga buah negeri iaitu Kedah, Perak dan Johor manakala Siri 2 melibatkan tiga negeri yang sama serta sebuah lagi negeri iaitu Perlis.

Menurutnya, fokus utama diberikan kepada 11 empangan strategik termasuk Empangan Pedu, Muda, Ahning, Timah Tasoh, Bukit Merah serta Empangan Upper Layang dan Machap bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

“​Langkah ini amat penting memandangkan negara sedang dalam fasa Peralihan Monsun dan dijangka memasuki Monsun Barat Daya pada bulan Mei ini, yang lazimnya membawa keadaan cuaca lebih kering dan kurang taburan hujan.

“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan terus memantau rapi status cuaca dan risiko kebakaran hutan melalui sistem Fire Danger Rating System (FDRS),” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.

Arthur dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjimatkan penggunaan air, mengelakkan pembakaran terbuka, dan merujuk aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang sahih.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img