Setiausaha Politik PM diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota

SETIAUSAHA Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi mengesahkan beliau telah diamanahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota yang kini dikuasai oleh bekas pemimpin Bersatu Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Ahmad Farhan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Parti Keadilan  berkata,  amanah itu adalah satu tanggungjawab besar dan disifatkan sebagai cabaran untuk memastikan kemenangan semula parti di kerusi berkenaan.

“Kita perlu sedar tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Tanpa kerjasama semua anggota cabang, amat mustahil untuk kita melangkah ke hadapan,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR peringkat Cabang Indera Mahkota, Kuantan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-16, Saifuddin yang ketika itu mewakili Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,399 undi selepas mendapat 41,692 undi menewaskan tiga calon lain termasuk calon Pakatan Harapan, Zuraidi Ismail yang memperolehi 33,293 undi.

Kerusi tersebut  pada asalnya milik PKR apabila dalam PRU-14, Saifuddin yang ketika itu bersama parti berkenaan menewaskan calon BN dan Pas dengan majoriti 23,384 undi . Beliau mendapat 23,384 undi.

Ahmad Farhan yang juga Pegerusi PKR Pahang berkata, jumlah ahli parti itu di kawasan Parlimen berkenaan  kini mencecah 6,666 orang dengan pertambahan 1,962 anggota baharu, dan menyasarkan keahlian meningkat kepada 10,000 orang sebelum Kongres Nasional PKR bermula.

Beliau berkata, pihaknya komited untuk merampas kerusi Parlimen itu berdasarkan rekod kemenangan PKR di kawasan berkenaan pada 2008, 2013 dan 2018, sekali gus membantu parti itu kekal menerajui kerajaan pada PRU16.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img