Simpan bangkai harimau belang tanpa permit: Tiga lelaki termasuk dua adik beradik dihukum penjara tujuh tahun, denda RM250,000

TIGA lelaki termasuk dua adik beradik masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini kerana menyimpan bangkai seekor harimau belang betina tanpa permit khas pada 16 Sept lepas.

Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Shaheezam Md Salim, 49, Nazerin Tomiran, 47, dan Mohamad Nazrol Tomiran, 28, selepas mereka mengaku bersalah.

Mereka didakwa menyimpan bangkai haiwan itu di bahagian bonet belakang sebuah kereta Perodua Alza bernombor pendaftaran JRB 4382 pada 6.10 pagi 16 Sept lepas di Stesen Minyak BHPetrol, Lot PTD 6179 Felda Tenggaroh, Mersing.

Spesies itu telah disenaraikan sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 70(1) Akta 716 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau denda minimum RM250,000 bagi setiap hidupan liar atau bahagiannya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Perhilitan Fatin Hanum Abdul Hadi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img