Allahyarham Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh kembali ke rahmatullah, umat Islam  kehilangan ulama berjasa

UMAT Islam kehilangan seorang ulama yang banyak berjasa kepada Islam dan umat muslimin apabila Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia  di Riyadh semalam pada usia 82 tahun.

Sheikh Al-Abdulaziz , yang pernah mengetuai Presidensi Umum Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa, serta Majlis Tertinggi Liga Dunia Islam, merupakan seorang ulama Islam yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Pada Jun 1999, Raja Fahd melantik beliau sebagai Mufti Besar Arab Saudi, menggantikan Sheikh Abdul Aziz Ibn Baz.

Dilahirkan pada 30 November 1943 di Mekah, Allahyarham Sheikh Abdulaziz menghafal al-Quran sejak kecil dan kehilangan penglihatan pada usia 17 tahun. Pada tahun 1961, Allahyarham memasuki Kolej Syariah Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud di Riyadh, dan tamat pengajian pada tahun 1965 dengan pengkhususan dalam Bahasa Arab dan Syariah Islam.

Pada tahun 1965, Allahyarham dilantik sebagai guru di Institut Ilmu Dakwah Imam di Riyadh selama 8 tahun sebelum berpindah ke Kolej Syariah universiti yang sama sebagai pensyarah, dan kemudiannya menjadi profesor madya.

Allahyarham Sheikh Abdulaziz Al-Sheikh bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad Salman.

Allahyarham turut mengajar di Institut Tinggi Kehakiman di Riyadh dan menjadi ahli beberapa majlis akademik universiti tempatan.

Allahyarham pernah menjadi imam dan khatib di beberapa masjid ternama, termasuk Masjid Sheikh Muhammad bin Ibrahim dan Masjid Sheikh Abdullah bin Abdullatif, sebelum menjadi Imam Masjid Imam Turki bin Abdullah.

Pada tahun 1982, Allahyarham dilantik sebagai imam dan khatib di Masjid Namirah, Arafah, dan menyampaikan khutbah Arafah selama 33 tahun berturut-turut sehingga tahun 2014.

Allahyarham  menyertai Majlis Ulama Tertinggi pada tahun 1987 dan menjadi anggota tetap Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa pada tahun 1991. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Timbalan Mufti Besar Arab Saudi.

Pada 14 Mei 1999, selepas pemergian Sheikh Abdulaziz Ibn Baz, beliau dilantik sebagai Mufti Besar, Pengerusi Majlis Ulama Tertinggi, dan Ketua Presidensi Umum bagi Penyelidikan Islam dan Fatwa, dengan pangkat menteri.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img