Seorang maut kereta terbakar di Pantai Sungai Lurus

SEORANG maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbakar di Pantai Sungai Lurus,Bata Pahat petang tadi.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Norhisham Abdul Talib berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.51 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit bergegas ke lokasi.

“Setibanya  di lokasi, sebuah kereta sedang terbakar . Namun, jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan pesisir pantai kerana laluan sempit. Anggota terpaksa menggunakan motosikal milik orang awam untuk ke lokasi sejauh kira-kira dua kilometer.

“Didapati seorang mangsa di dalam kenderaan terbabit. Tindakan awal operasi pemadaman dilakukan menggunakan siraman air baldi dari sungai berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi berkata usaha mengenal pasti identiti mangsa masih dijalankan, selain siasatan lanjut berhubung punca kebakaran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img