Manchester United ‘hancur lebur diratah’ Brentford 1-3

IGOR Thiago menjaringkan dua gol manakala Caoimhin Kelleher menyelamatkan sepakan penalti separuh masa kedua oleh Bruno Fernandes ketika Brentford mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Manchester United.

Mathias Jensen memastikan tiga mata untuk Brentford pada minit ke-95 dengan rembatan jarak jauh yang cantik, selepas perlawanan menarik itu kekal seimbang sehingga ke hujungnya.

Brentford membuka jaringan awal apabila hantaran jauh Jordan Henderson dari kawasan sendiri menemui Thiago yang berlari pantas di belakang pertahanan.

Harry Maguire gagal memerangkap penyerang itu dalam keadaan ofsaid, sebelum Thiago melepaskan rembatan kencang ke bumbung gawang.

Penyerang Brazil itu kemudian menggandakan jaringan peribadi dan pasukan pada minit ke-20 selepas larian deras Kevin Schade di sebelah kanan memaksa Altay Bayindir terlepas bola, yang disambar kemas oleh Thiago.

United segera merapatkan jurang menerusi gol pertama Benjamin Sesko bersama kelab itu, dan pelawat berpeluang menyamakan kedudukan selepas rehat.

Bryan Mbeumo, dalam kepulangannya yang pertama ke Brentford, dijatuhkan James Collins dalam kotak penalti. Kapten Brentford terselamat daripada layangan kad merah selepas semakan VAR .

Namun, Fernandes gagal menyempurnakan penalti selepas Kelleher menepis percubaan rendah pemain itu..

Jensen yang baru masuk sebagai pemain gantian kemudian mengukuhkan kemenangan dengan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Keputusan itu menyaksikan Brentford naik ke tangga ke-11 dalam carta Liga Perdana Inggeris, berkongsi tujuh mata bersama United tetapi dua anak tangga di atas kerana perbezaan gol .



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img