Tiada kapal Sumud Flottila terbakar,dijangka masuk zon merah Khamis  – Dr Sani Araby

KETUA  Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menafikan dakwaan g kononnya terdapat sebuah kapal delegasi misi Global Sumud Flotilla (GSF) terbakar.

Katanya,  sehingga kini, tidak ada kapal terbakar seperti yang didakwa dan kesemua 34 delegasi Malaysia berada dalam keadaan  selamat di atas kapal masing-masing.

‘’Keadaan keselamatan flotilla berada dalam kawalan dengan tiada sebarang aktiviti dron dikesan sejak dua hari lalu, selain turut mendapat pemantauan daripada kapal frigat Sepanyol dan Itali di perairan antarabangsa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Malaysia, di Sepang hari ini.

Dr. sani meminta semua pihak merujuk SNCC sebagai sumber maklumat rasmi bagi mengelakkan kekeliruan serta penyebaran propaganda pihak Zionis.

“Pihak kami menggesa semua penyokong, media, keluarga, peserta dan masyarakat untuk terus mendokong, menjadi penguat semangat serta tidak terpengaruh dengan cubaan untuk melemahkan barisan solidariti antarabangsa ini.

“Misi ini tetap diteruskan ke Gaza insha-Allah, dan laporan rasmi akan dikeluarkan setiap hari supaya masyarakat mendapat maklumat tepat dan terkini,” katanya.

Beliau kapal misi GSF dijangka memasuki zon merah dan menghampiri Gaza pada Khamis ini.

‘’Ketika ini flotilla berada kira-kira 366 batu nautika dari pesisir Gaza dan dijangka memasuki zon kuning pada 9.18 malam waktu Malaysia. SNCC menjangkakan misi bakal berdepan dengan sedikit kelewatan dan kita mula masuk zon merah Gaza pada Khamis.

“Jadi saya menafikan ramalan yang dibuat bahawa kapal ini akan masuk pada esok hari. Saya faham ramai pendukung membuat analisa sendiri tetapi saya mohon supaya mereka mendapatkan maklumat semasa dan tepat daripada SNCC,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img