MANGSA kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor, Muar, petang semalam ditemukan lemas selepas 12 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Mud Husni Mahmud, 47, ditemukan di dalam kereta selepas berjaya dinaikkan pasukan penyelamat pada jam 1 pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Nor Alfatah Omar, berkata kereta mangsa berjaya ditarik keluar menggunakan kren.
Katanya, pada jam 10.21 malam, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya menemui kenderaan itu pada jarak kira-kira 50 meter dari tebing pada kedalaman 15 meter sebelum kerja-kerja menaikkan kereta dijalankan.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.38 pagi.
“Maklumat awal saksi menyatakan terdapat seorang mangsa yang juga pemandu berada dalam kenderaan berkenaan. Operasi pencarian dijalankan menggunakan bot dan teknik surface searching,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.38 pagi.
Seramai 20 anggota dari beberapa balai termasuk BBP Pagoh, BBP Muar dan BBP Skudai terlibat dalam operasi itu dengan kekuatan dua bot fiber serta beberapa jentera sokongan.
Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.38 pagi.
UNDILAH |


