Bersatu bukan milik individu atau tunggangan sesiapa – Wan Saiful

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan yang dipecat daripada Bersatu berkata, beliau dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung keahlian sepenggal masih komited dengan perjuangan Bersatu walaupun ada pihak tertentu berusaha menyingkirkan mereka.

Sehubungan itu beliau mengingatkan mengingatkan pimpinan Bersatu agar tidak menjadikan parti tersebut sebagai alat untuk kepentingan peribadi atau keluarga mereka.

‘’ Apa jua situasi yang berlaku, saya dan Wan Ahmad Fayhsal masih kekal setia bersama Bersatu.  Parti ini bukan milik individu dan kami akan terus berusaha melalui proses dalaman dengan penuh komitmen.

“Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana individu apatah lagi untuk digunakan atau ditunggang oleh sesiapa sahaja untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Wan Ahmad Fayhsal di Parlimen hari ini.

Wan Saiful secara sinis mempersoalkan tindakan pantas lembaga disiplin yang menghantar keputusan pemecatan mereka melalui WhatsApp sekitar jam 10 malam tadi.

“Perkhidmatan yang begitu efisien, saya puji kecekapan lembaga ini, sanggup bekerja hingga lewat malam. Aduan terhadap saya difailkan pada 18 September, saya terima notis pertama pada 21 September, dan dipanggil untuk sesi pendengaran pada 25 September. Saya ucap tahniah dan sangat bangga dengan kecekapan parti menjalankan kerja,” katanya.

Wan Saiful berkata beliau dan Wan Fayhsal akan meneliti keputusan tersebut sebelum menentukan langkah seterusnya, termasuk sama ada akan membuat rayuan

“Kami akan kekal teguh memperjuangkan perjuangan Bersatu kerana kami membina parti ini bersama ahli akar umbi dan pemimpin bahagian yang telah banyak berkorban memperkukuh parti,” katanya.

Sementara itu, Wan Fayhsal mendakwa “ada sesuatu yang tidak kena” sedang berlaku dalam parti, dan menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan itu yang menurutnya boleh menjejaskan momentum sokongan terhadap Bersatu dan PN.

“Apa yang berlaku kepada kami amat mengecewakan dan satu kerugian buat PN, terutama menjelang pilihan raya negeri Sabah.

“Saya persoalkan keputusan mereka yang terburu-buru melaksanakan ‘keadilan’ ini, yang sebenarnya adalah satu ketidakadilan,” katanya.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img